MENGENAI KOLEJ KOMUNITI BERA

 

Kolej Komuniti Bera adalah Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang menawarkan Program Sijil Akuakultur secara sepenuh masa

(4 semester) dan kursus-kursus pendek. Kolej Komuniti Bera merupakan satu-satunya IPTA yang terdapat di Daerah Bera, Pahang

 

Kolej Komuniti Bera merupakan sebuah kolej cawangan kepada Kolej Komuniti Temerloh.

 

Kolej Komuniti Bera Beroperasi sepenuhnya di Bera pada 04 Januari 2010. Sebelumnya beroperasi di Kolej Komuniti Temerloh.

 

Kolej Komuniti Bera menawarkan Kursus Sijil Akuakultur di bawah Program Sijil Modular Kebangsaan dan kursus-kursus pendek.